KENALI PORI MUKA ANDA


APA ITU PORI? TAK SAMA KE DENGAN LIANG ROMA?




Kulit adalah organ terbesar, yang mempunyai tugas penting untuk tubuh badan kita. Kulit memberi perlindungan dari mikro-organisma asing, membantu keseimbangan suhu badan, serta salah satu deria yang membenarkan kita merasa sentuhan, sejuk dan panas.

Kulit mengandungi bukaan yang kita panggil PORI atau LIANG ROMA. Di lapisan bawah kulit terdapat kelenjar peluh dan kelenjar minyak. Tugas pori ialah merembeskan PELUH dan MINYAK semulajadi yang dinamakan SEBUM.

Peluh adalah air yang dirembeskan oleh kulit untuk keseimbangan suhu badan melalui proses penyejatan (evaporate). Peluh juga air yang tidak diperlukan yang disingkirkan oleh badan melalui proses penyahtoksin (detox).

Sebum pula minyak semulajadi yang dirembeskan oleh kelenjar minyak (sebaceous gland) dan berfungsi sebagai pelincir kulit. Ia membantu kulit agar kekal lembap, lembut dan sihat. Kulit di sekitar hidung, dahi dan sekitar tulang pipi mempunyai ribuan kelenjar ini. Proses perembesan ini berlaku supaya permukaan kulit kekal berminyak. Kulit perlu sentiasa berminyak bagi mengelakkan kulit kehilangan air yang terlalu cepat. Aktiviti kelenjar minyak ini banyak dikawal oleh hormon androgen. Jadi adalah sesuatu masalah yang perlu ditangani jika kulit kita terlalu kering atau terlalu berminyak.

PENTING untuk kita tahu KENAPA PELUH dan SEBUM dirembes keluar supaya kita tidak terpedaya dengan sebarang KATA-KATA MARKETING yang biasa terpampang di label produk dan iklan.

BAYANGKAN jika PORI diTUTUP atau TIADA. Ke mana PELUH dan SEBUM ini akan disingkirkan? Bukankan proses-proses fisiologi tubuh badan kita juga akan KACAU-BILAU?

Jadi, matlamat yang perlu kita cari untuk memperbaiki keadaan kulit muka kita ialah, MENGAWAL clogged pores atau pori yang tersumbat sehingga boleh menyebabkan terjadinya jerawat dan masalah-masalah lain SERTA, mencari produk yang boleh MEMBANTU MENGECILKAN pori muka yang bermasalah.

KITA MAHU PORI YANG BERFUNGSI SEBAIK-BAIKNYA DAN SETERUSNYA MENDAPAT KULIT YANG SIHAT.

Comments

Popular posts from this blog

JANGAN BUAT 4 KESILAPAN INI JIKA KORANG NAK PORI MUKA YANG KECIL DAN HALUS.

Hyaluronic Acid: Kenali Hyaluronic Acid Semulajadi