JANGAN BUAT 4 KESILAPAN INI JIKA KORANG NAK PORI MUKA YANG KECIL DAN HALUS.




1. ELAKKAN MANDI AIR PANAS PADA TEMPOH YANG LAMA

Suhu yang panas pada tempoh yang lama boleh mengeringkan kulit, terutamanya sekiranya anda berkulit muka kering.
Malahan bagi sesetengah yang mengalami masalah kulit seperti ekzema dan rosacea, kulit yang terdedah pada suhu yang panas pada tempoh yang lama boleh memburukkan keadaan.
Sekiranya kulit sudah pedih atau kemerahan, keringkan muka dan sapu losyen atau minyak kelapa untuk menyerap kelembapan ke muka.

2. PROSES PENGELUPASAN KULIT (EXFOLIATE) YANG MELAMPAU

Proses pengelupasan kulit elok dilakukan sesekali bagi menanggalkan sel-sel kulit yang sudah mati dan memudahkan sel-sel baru menyerap khasiat dan nutrient. Disarankan melakukan exfoliating seminggu sekali, bagi memperolehi keberkesanan kulit sihat dan berseri. 
Namun begitu sekiranya terlalu kerap melakukan exfoliating boleh menjadikan kulit korang semakin tidak selesa, gatal-gatal, pedih dan kemerah-merahan.


3. TIDUR DENGAN MAKE-UP TEBAL DI MUKA

Faham sangat kalau balik kerja ke berjalan ke dengan anak-anak dah settle tidur, kita pun terbongkang sekali. Tapi kalau korang tengah bermake-up time tu kena usaha juga la bangun balik cuci muka. Tabiat ini boleh menyebabkan pori muka tersumbat dek chemical substance yang ada pada mekap tersebut.


4. KURANG TIDUR

Waktu malam ialah waktu badan melakukan proses pembaikpulih seperti penghasilan sel-sel baru, membaikpulih atau menyingkirkan sel-sel lama yang rosak. Juga penting ketika ini memilih produk yang betul-betul boleh membantu proses baikpulih ini, untuk di pakai sebelum tidur.


Sebaliknya korang boleh cuba rawatan DIY ini pula:

1. Steam untuk kulit muka hydrated dan supaya pori menerima produk yang korang apply kat muka nanti. Tak nak steam beria pun boleh, just gunakap face towel yang direndam di dalam hot bowl. tunggu sebentar sehingga suhu towel itu sejuk sedikit. Kemudian sapukan towel ke muka.
2. Apply mask, DIY mask dengan gabungan yogurt, egg white dan honey. Bilas selepas 20-25minit
3. Kemudian sapukan product skincare yang mengandungi Hyaluronic Acid yang boleh memberikan instant hydration pada kulit muka

Kawan-kawan nak tahu apa resultnya?? KULIT YANG LICIN DAN BERSERI!

Nota kaki: Vampire Serum ada kandungan Hyaluronic Acid yang tinggi uolss.


Comments

Popular posts from this blog

KENALI PORI MUKA ANDA

Hyaluronic Acid: Kenali Hyaluronic Acid Semulajadi