Posts

Showing posts from October, 2018

KENALI PORI MUKA ANDA

Image
APA ITU PORI? TAK SAMA KE DENGAN LIANG ROMA? Kulit adalah organ terbesar, yang mempunyai tugas penting untuk tubuh badan kita. Kulit memberi perlindungan dari mikro-organisma asing, membantu keseimbangan suhu badan, serta salah satu deria yang membenarkan kita merasa sentuhan, sejuk dan panas. Kulit mengandungi bukaan yang kita panggil PORI atau LIANG ROMA. Di lapisan bawah kulit terdapat kelenjar peluh dan kelenjar minyak. Tugas pori ialah merembeskan PELUH dan MINYAK semulajadi yang dinamakan SEBUM. Peluh adalah air yang dirembeskan oleh kulit untuk keseimbangan suhu badan melalui proses penyejatan (evaporate). Peluh juga air yang tidak diperlukan yang disingkirkan oleh badan melalui proses penyahtoksin (detox). Sebum pula minyak semulajadi yang dirembeskan oleh kelenjar minyak (sebaceous gland) dan berfungsi sebagai pelincir kulit. Ia membantu kulit agar kekal lembap, lembut dan sihat. Kulit di sekitar hidung, dahi dan sekitar tulang pipi mempunyai ribuan kelenjar ini....

JANGAN BUAT 4 KESILAPAN INI JIKA KORANG NAK PORI MUKA YANG KECIL DAN HALUS.

Image
1. ELAKKAN MANDI AIR PANAS PADA TEMPOH YANG LAMA Suhu yang panas pada tempoh yang lama boleh mengeringkan kulit, terutamanya sekiranya anda berkulit muka kering. Malahan bagi sesetengah yang mengalami masalah kulit seperti ekzema dan rosacea, kulit yang terdedah pada suhu yang panas pada tempoh yang lama boleh memburukkan keadaan. Sekiranya kulit sudah pedih atau kemerahan, keringkan muka dan sapu losyen atau minyak kelapa untuk menyerap kelembapan ke muka. 2. PROSES PENGELUPASAN KULIT (EXFOLIATE) YANG MELAMPAU Proses pengelupasan kulit elok dilakukan sesekali bagi menanggalkan sel-sel kulit yang sudah mati dan memudahkan sel-sel baru menyerap khasiat dan nutrient. Disarankan melakukan exfoliating seminggu sekali, bagi memperolehi keberkesanan kulit sihat dan berseri.  Namun begitu sekiranya terlalu kerap melakukan exfoliating boleh menjadikan kulit korang semakin tidak selesa, gatal-gatal, pedih dan kemerah-merahan. 3. TIDUR DENGAN MAKE-UP TEBAL DI...